Wednesday, November 19, 2008

Salahkah 'Sajak Kematian' itu?

Salam Ukhuwah buat seluruh warga jagat raya.
Pendidikan merupakan suatu proses yang berterusan dan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, teknik dan strategi dan segala yang mungkin, berdasarkan prinsip 'there is no one method in teaching'. Justeru,latar belakang sosio-budaya pelajar yang pelbagai serta pelbagai fenomena kegawatan tingkah laku pelajar akhir-akhir ini, maka kedapatan para pendidik yang menggunakan pendekatan keagamaan yang berkaitan dengan 'kematian' demi menjadikan para pelajar ini mudah insaf dan nantinya sentiasa diselubungi 'ketakutan' untuk melakukan sebarang kemungkaran. Niatnya betul, apatah lagi melentur buluh biarlah tatkala rebungnya, namun nampaknya dalam kehidupan dewasa ini niat sahaja belum memadai. Hal ini kerana kedapatan waris yang 'berpengaruh' berupaya mempengaruhi pelbagai pihak untuk 'mengajar' pendidik yang sememang tugasnya untuk 'mengajar dan mendidik', agar tidak mengajar dengan unsur-unsur yang menakutkan. mereka lebih suka anak-anak memiliki jiwa dan minda bebas sebebas-bebasnya tanpa sekelumitpun perasaan takut dalam kehidupan ini. Lalu pembikin sajak dan video kematian itupun perlu diajar! tetapi hairan ye, mengapakah sekian banyak cerita, filem dan novel serta segala macam karya tahyul, seram, hantu dan yang seangkatan dengannya dibiarkan berleluasa? Demikian juga sekian banyak majalah, filem dan novel-novel erotik dan porno yang boleh didapati di pasaran terbuka dengan harga mampu-milik tidak pula dipersalahkan, mengapa ya? Sukar juga menjadi pendidik yang sememangnya berperanan untuk mendidik manusia menjadi baik. Perlukah membiarkan sahaja pelajar-pelajar melakukan segala macam yang hendak dilakukannya, asalkan waris mereka seronok?

2 comments:

Joseph Chang said...

Memang "there is no one way of teaching method" Namun jangan lupalah tentang alat yang diperlukan untuk menlenturkan rebung tua.

Zue said...

Salam
Tiada salahnya sajak kematian tersebut, cuma barangkali pendekatannya yang salah. Mendidik bermula dari rebung, tapi wajarkah bermula dengan sesuatu yang menakutkan untuk kanak-kanak seusia 7-8 tahun? Kenapa tidak mulakan dengan sesuatu yang indah seperti kehidupan selepas kematian di syurga..