Friday, June 5, 2009

CHIN PENG DAN KEMANUSIAAN?

Salam Ukhuwah,
Kebelakangan ini entah bagaimana pula timbul kembali isu untuk membawa kembali Chin Peng, antara pengganas komunis yang amat terkenal dengan 'kekomunisan'nya ke Malaysia. Juga entah siapakah pula yang menggatal-gatal mulut untuk kembali berbicara tentang Chin Peng dan dengan rasa kemanusiaan si-polan yang gatal mulut itu juga berura-ura untuk membawanya menikmati udara demokrasi dan negara yang demikian maju setelah suatu ketika dahulu pernah dihuru-harakannya dengan segala babak kekejaman dan kezaliman gerombolannya. Namun, si-polan berkenaan pernah ke menanyakan akan penderitaan yang dialami oleh kalangan yang telah diganasi atau dikejami atau dizalimi oleh gerombolan komunis itu? Tentunya lebih afdal dan amat terpuji kiranya si-polan berkenaan mengambil berat dan memperjuangkan nasib sengsara yang ditangung sekian lama oleh mangsa-mangsa gerombolan komunis yang tidak pernahpun memiliki sekelumit rasa kemanusiaan, malahan gerombolan itu entah tahu entah tidak maksud perkataan kemanusiaan, apatah lagi mengamalkannya sepanjang perjuangan dan sepanjang kehidupan mereka selepas tamatnya era kekejaman dan kezaliman gerombolan komunis berkenaan. Semenjak konsep Satu Malaysia dicanangkan oleh kalangan politikus yang gersang sokongan tulen rakyat terbanyak dikumandangkan dan dihebatkan pula oleh dendangan propoganda kelas pertama, maka muncul pelbagai tuntutan yang bukan-bukan dan terkadang tidak masuk akal oleh kalangan yang sentiasa merebut peluang melukah di pergentingan! Ingatlah, daripada kita bertelagah memikirkan kesudahan si Chin Peng durjana itu, lebih bermanfaat kiranya kita memperjuangan nasib sengsara seluruh kalangan yang pernah menjadi mangsa kekejaman, kezaliman dan kebinatangan @ ketidakmanusiaan gerombolan pimpinannya. Malah, mungkin juga terkabul rasa kemanusiaan si-polan gatal mulut itu andainya kerajaan membantunya menjadi jiran terbaik si Chin Peng pujaannya itu, walau dimana-manapun dia bermukim hingga ke akhir hayatnya, kecualilah kiranya Allah membuka pintu hatinya untuk menerima Kebenaran Hakiki-Nya, maka kita bertanggungjawab penuh pula untuk membantunya!

2 comments:

Unknown said...

Salam sahabat;
Aku mahu dia dibicarakan. Malang ada manusia sedang politikkan unsur kemanusiaan pada tempat dan keadaan yang tidak betul. Sampai bila mereka akan terus menguji kita? Kesabaran memang menuntut suasana yang hebat tetapi bagaimana pula hadnya? Teruskan ber'blog'!

Along said...

Salam dan terima kasih atas reaksi,
kiranya sejarah menjadi saksi perbicaraan di mana-mana mahkamah hukum atau mahkamah kemanusiaan, tentunya tiada lansung pembuktian yang berupaya menjadi nota/bukti alibi untuk memaafkannya atau menyangkutkannya dengan kosa kata kemanusiaan itu sendiri walau apa-apapun alasannya, kecuali yang membangkitkannya itu penuh dengan emosi dan bernada perkauman!