Monday, May 4, 2009

IKTIBAR DARIPADA SELSEMA BABI

Salam ukhuwah
Tiba-tiba dunia dikejutkan dengan serangan selsema babi yang bermula dan berpengkalan di Mexico. Walaupun Presidennya menyetakan bahawa negaranya memiliki keupayaan berskala besar untuk mendepani cabaran wabak tersebut, namun kematian yang berpunca daripadanya sentiasa menghantui masyarakat awamnya. Tak mengapalah, bukan wabak berkenaan yang menjadi isu untuk difikirkan, tetapi iktibar daripadanya. Sebenarnya menularnya wabak tersebut dan syukur kerana bermula di Mexico, menjadikan kesemua kita di Malaysia memikirkan semula semua projek perladangan babi secara besar-besaran dan terancang itu secara serius dan berlapang dada. Sebenarnya Allah menunjukkan kepada kita bahawa hikmah pengharaman babi itu tidak sewajarnya dipolitikkan oleh semua pihak tanpa mengira warna bendera dan motto perjuangan masing-masing, kaum dan anutan agama, sementelahan pulalah orang Melayu-Muslim. Biarlah drama yang terdahulu yang melibatkan kepemimpinan tertinggi negara mewakili orang Melayu menjadi 'perancang' utama tentang berapa banyak dan sebanyak mana yang perlu diternak dan dihapuskan. Juga kemudiannya orang Melayu bertenmgkar pula tentang kewajaran untuk mewujudkan ladang ternak babi terancang dan berskala besar! Ternyata amat memalukan! Nah, sekarang ternyata dan terbukti akan hikmah pengharamannya dan janganlah berdolak-dalik lagi dengan segala macam alasan yang secara tidak langsung menidakkan ketentuan Yang Maha Mengetahui.

2 comments:

LeeSlimShady said...

scoryCikgu !

Bila Berakhirnya Gelombang 8 March,maka hilang lah Kuasa BN di selangor.Kekecewaan itu tidak dapat di tebus dengan kata - kata apabila Pengerusi BN negeri iaitu Khir Toyo menghilangkan Diri seketika....mencari kekuatan untuk menebus kehampaan....tak lama selepas itu apabila Sultan Sharafudin Mengiktiraf penubuhan kerajaan Negeri Yang Baru dari Pimpinan Barisan Alternatif yang kemudian di namakan Sebagai Pakatan Rakyat yang di anggotai oleh Parti Komponen PKR - DAP - PAS berkongsi Kuasa yang mana Menteri Besar di Pilih dari PKR yang memiliki Majoriti yang Paling Besar berbanding dua lagi Parti Komponen nya.....
maka sejak itu bermula lah Serangan "ketidakpuashatian" akibat kekalahan yang amat memalukan itu memandang BN tidak pernah tewas di Selangor tiba - tiba sahaja Kecundang di tangan Parti yang selama ini mereka lihat sebagai Pembangkang....


BABI....
Itu adalah serangan pertama yang di tujukan ke atas kerajaan Pakatan Rakyat,ujian Pertama bermula apabila BN mendakwa dan menuduh Pakatan Rakyat telah memulakan Projek Penternakan Babi secara Besar - besaran di sepang...itu lah Sentimen Pertama yang di mainkan oleh Pembangkan BN di Selangor...Namun kini bila bermula Wabak selsema Babi maka Pakatan pula yang di persalahkan dan sentimen babi ini yang di perbesarkan.....


Isu selsema babi ini perlu ditangani dengan kawalan dan pendidikan kepada rakyat. Namun sedih melihat beberapa blog pro Umno antaranya yang menggunakan kesempatan isu babi ini dengan menyiarkan beberapa gambar yang telah di edit dan penulisan kononya selsema babi sebagai bukti pakatan rakyat harus ditolak kerana pakatan pro bela babi.




antara yang dimainkan ialah sentimen selepas Pilihanraya yang dibakar oleh seorang wakil rakyat Selangor, YB Dr.Karim. Beliau telah mengumpulkan orang untuk buat demostrasi yang kononya melayu ditekan, dizalimi dan dihina di Selangor, kerana tiba - tiba lepas menang ladang babi banyak di Selangor.



Perlu jelaskan memang faktanya di Sepang contohnya bilangan babi dikatakan menjangkau ratusan ribu. Maknanya di Sepang babi lebih banyak dari orang. Ketika serangan Karim ini dibuat Pakatan Rakyat baru tak sampai 3-4 bulan memerintah Selangor tak kan lah baru 3-4 bulan babi dah membiak ratusan ribu ekor ? Tentu sebelum itu sudah banyak ladang babi. Maknanya kewujudan ladang babi yang tak tersusun dan terurus adalah hasil sumbangan 50 tahun lebih Bn memerintah Selangor.Namun oleh kerana kepentingan politik sentimen perkauman dibakar oleh Karim, kononya melayu dizalimi dalam isu babi ini.Tidak selesa dengan permainan politik jijik Karim maka Ketua biro pertanian tradisional MCA Datuk Dr Lee Chong Meng telah membuat kenyataan media menjelaskan perkara sebenar.



Kata Dr. Lee bahawa projek penyusunan ladang babi di Selangor ini telah diusahakan semenjak di bawah BN lagi. Malah Karim yang pada ketika itu setiausaha Politik kepada Datuk Seri Khir Toyo, Menteri Besar Selangor turut terlibat secara aktif.
Dr. Lee mendedahkan sekeping gambar, yang menunjukkan Karim bergambar manja dengan babi ketika melawat ladang babi di luar negara untuk mempelajari teknologi pembelaan babi secara tersusun untuk dibawa balik ke Malaysia.

Dr. Lee memberikan amaran kepada Karim dan UMNO agar menghentikan kegiatan memanipulasi isu babi dan membakar sentimen perkauman untuk kepentingan politik, jika tidak dia akan terus mendedahkan syarikat bumiputera mana yang terlibat dalam cadangan projek penstrukturan perladangan babi di Selangor ketika "Be End" tetapi malangnya tak sempat meneruskan hajat kerana BN tumbang oleh kuasa rakyat.



Sementara ketua kampung itu turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam. Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut "seperti tapak tangannya sendiri" kerana terlibat sendiri dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut.Isunya ialah isu alam sekitar, isu kesihatan dan keselamatan rakyat. Sungai dan pantai telah teruk jahanam kerana Bn yang membiarkan perternakan babi bersepah tanpa kawalan selama 50 tahun dikawasan sekitar.Dan jelas selepas itu Karim serta UMNO takut memainkan isu ini kerana takut 'kemaluan' mereka terdedah. Isu ini hanya dimainkan oleh blog 'upahan' UMNO.Isu babi ini juga muncul sekejap di Bukit Selambau, Kedah.



Penjelasanya mudah perancangan membina ladang babi di Bukit Selambau wujud zaman Bn. Maka Pakatan di bawah YAB Ust. Azizan mengkaji semula cadangan lama dan melihat cadangan tersebut tidak masuk akal dan membatalkanya. Namun media pro regim memanipulasi kononya Pakatan yang bawa cadangan tersebut.



Dalam isu menghadapi selsema babi yang melanda dunia ini, kerajaan dan masyarakat tidak kira apa parti pun seharusnya menumpukan peningkatan kawalan, pendidikan dan jangan ada penyelindungan maklumat.Semoga bencana ini lebih menginsafkan kita

Along said...

Salam. Terima kasih atas ulasan. kesemua maklumat tersebut amat saya maklumi, namun dalam hal yang seperti ini, kita seharusnya berlapang dada untuk menerima ketentuan Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui itu lebih afdal dan sohih untuk diterima dengan reda. Biarpun mungkin kita mengibarkan bendera siasah yang sama, namun prinsip teras jangan sesekali terpesong haluan. InsyaAllah, kebenaran akan berkuasa!